Friday, January 16, 2009

JOM KAYUH






8 Mac 2009
0800 pagi Ahad
Bukit Merah Laketown Resort
Khas untuk pemilik-pemilik Moutain Bike seluruh Malaysia berkumpul di sini.Jom pakat ramai-ramai mai Laketown bersama rakan dan keluarga! ! pasti menyeronokkan .......
Perjalanan dari Laketown ke Bandar Taiping yang akan melalui kampung-kampung sawah,estet dan pekan kecil dalam jarak sekitar 50 km,tidak akan dilupai sampai bila-bila.....serta anda akan menawan Bandar Warisan Taiping untuk seketika dan akan ketemui Bukit Larut,Zoo Taiping,Muzium Taiping dan setiap pelusuk Taman Tasik Taiping .....
Jangan lepaskan peluang anda...kayuhan lain dari yang lain untuk dirasai. . .


Kini satu lagi program sukan basikal Moutain Bike Ala Treasure Hunt dan kayuhan akan diadakan di Bukit Merah Laketown Resort ,Semanggol ,Perak Darul Ridzuan anjuran bersama BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT dan KELAB BELIA KANCIL TAIPING ( T2KMEMBERS ) serta disokong Kem.Belia & Sukan.Adun Kamunting ,CBJ 4x4 ,MTC dan tajaan minuman rasmi F&N ( 100 Plus )

Tujuan dan Matlamat

Pihak penganjur mengadakan program JOMKAYUH LAKETOWN 09 ini bertujuan untuk memberi sokongan dan dorongan kepada peminat dan pemilik Mountain Bike di Taiping dan seluruh Malaysia untuk berkumpul dan merasai dalam suasana damai dan tenang dan ini bukan Jomboree .Pihak kami juga tiada ada apa-apa tujuan atau tidak mencari keuntungan sebaliknya akan memberikan balik pulangan yang berbaloi apa yang telah dibayar oleh peserta.Diatas semangat kesukanan ,keikhlasan serta merendah diri kami penganjur mengharapkan Sukan Mountain Bike akan berkembang secara sihat dan ramai syarikat-syarikat swasta akan menyokong terus. .
Program ini bukanlah untuk mencari kemenangan tetapi ia merupakan satu wadah untuk melihat bagaimana kumpulan itu bergerak sebagai satu pasukan (TeamWork) untuk mencari maklumat yang akan diberi kelak( Mencari Harta Karun ).
Peserta akan menempuhi jalan–jalan kampong serta bandar kecil sambil menikmati panorama sekitar Bukit Merah dan sekitar Bandar Taiping juga di tempat-tempat bersejarah yang menarik. ( Pengurus Evant )

Aktiviti–Aktivti yang akan dijalankan

1.Mencari harta karun (TreasureHunt) berbasikal
2. Majlis suaikenal bersama peserta dan urusetia
3.Karaoke Santai bersama peserta ,urusetia dan keluarga
4.Penyampaian Hadiah serta Cabutan Bertuah
5.Beriadah bersama keluarga – Tiket WaterPark Diskaun 50 %.*

Syarat peryertaan -TreasureHunt –Berbasikal

1.Setiap pasukan 3 orang.

2.Yuran Pendaftaran RM150-
hadiah misteri untuk pendaftaran awal.
3.Setiap pasukan akan diberi soalan turutan yang berbeza.
4.Masa akan dicatat mula dan tamat .pelepasan mengikut kumpulan
5.Masa tamat pertandingan akan di tentukan oleh penganjur
5. Jawapan dan masa akan menentukan pemenang.
6.Kawasan juga tidak sama untuk dijelajahi.( Pecahan Kawasan )
7.Kawasan permukaan jalan 60 % OnRoad 40 % OffRoad

Hadiah –Hadiah yang mesti dimenangi .

Wang Tunai RM 3000,Trofi ,Sijil dan Hadiah Iringan
Trofi,Sijil dan Hadiah Iringan
Penginapan 2 hari 1 mlm di Bukit Merah LakeTown Resort
Tiket Percuma WaterPark Combo
Cabutan Bertuah lebih 30 hadiah menanti anda.
Setiap pasukan akan menerima 3 helai T-Shirt percuma serta 'Goodies'
Cara daftar :
Boleh terus mendaftar sms nama penuh ketua pasukan,nama pasukan,3 size T-Shirt,no resit bank ke 0175657103 @ Fax Borang & no.resit bank No.fax : 05-8911185
Bayaran penyertaan hendaklah dimasukkan di atas En. Sharuddin bin Mohamed Ali
No.Akaun Maybank 158051496490
Sebarang Pertanyaan sila hubungi : - En. Shah 0175657103
En.Mat Zain 0125754054 Zawawi 0196295829

Untuk tempahan penginapan :- Tel 05-8908888
Tarikh TUTUP penyertaan :
15 FeB 2009
* 100 penyertaan awal dapat 1 helai T-Shirt percuma utk satu pasukan.



Perhatian ! ! !
Untuk peserta yang menginap di hotel pihak pengurusan membenarkan Check Out sehingga jam 6 ptg – harap maklum .